Wednesday 1 November 2023

Alhamdulillah, Semoga Kakak Terus Istiqomah dengan Al-Quran

Haza Rahmatun Min Robbi 🤲

Barokallahu fik untuk sahabat²semua yang komen, like posting Idah. Maafkan Idah tak dapat nak reply satu persatu. Idah ucapkan terima kasih atas ucapan dan doa2 sahabat buat kami sekeluarga dan anakanda Afifah khususnya. 

Buat anakandaku Afifah Hanani, 

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi atas anugerah ini. Barokallahu fik buat anakanda tersayang. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan di akhirat. Doa ummi semoga Along terus istiqomah dalam perjalanan ini dan genggam sekuat-kuatnya Al Quran dalam hidupmu. Ummi redhamu anak, InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu di dunia dan di akhirat. 

Alhamdulillah ummi kongsikan di sini terus direct dari maktab Along. Sahabat mohon doakan yang baik² buat anakanda Afifah ye. Tahun depan fokus SPM. 

Huffaz kedua ummi ❤️


Sunday 8 October 2023

Testimoni | Rahsia Mengapa Kekal Setia Mengamalkan Vitamin Shaklee Hampir 10 Tahun

Setiap pertemuan itu sudah ditentukan oleh Allah swt. Pasti ada hikmahnya kan sahabat. Begitu juga ketika Idah mengenali Shaklee ni. Masih segar di ingatan idah, penghujung tahun 2013 banyak sekali naik posting sahabat Idah tentang Shaklee. Dalam masa yang sama ketika itu kesihatan Idah sudah menunjukkan tanda-tanda kurang memuaskan. Idah disahkan hamil ketika itu usia luka czer Idah belum pun cukup 2-3tahun. Masih baru. Di sinilah bermulanya sebuah kisah. 

Idah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan kecantikan. Jadi memang suplemen ni Idah sudah amalkan sejak dari anak sulung lagi. Namun kesihatan setiap kali hamil mesti kurang memuaskan, terhadap hadap alahan yang panjang serta masalah-masalah kesihatan yang lain-lain.

Inilah dua orang anak yang membuatkan 
ummi bertemu dan jadi pengamal setia produk-produk Shaklee

Trauma yang paling menakutkkan adalah Idah terpaksa terima dan hadapi apabila luka czer yang semakin hari semakin menyakitkan, pedih rasa seperti dihiris pisau. Pergerakan terbatas. Semakin usia kandungan semakin membesar, semakin menyukarkan pergerakan idah. Klinik sudah jadi rumah kedua. Setiap minggu Idah perlu hadirkan diri untuk chechk up. Ketika usia kandungan 7 bulan, Idah tak mampu nak bergerak disebabkan sakit bekas luka czer. Setiap kali bayi mengeras, memang Idah rasa tersangat sakit . Namun ketika ini Idah belum lagi mengamalkan Vitamin Shaklee. Orang kata belum berjodoh. hahaha. 

Wednesday 4 October 2023

9 Kepentingan Vitamin C Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.

Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. Optimumkan tahap vitamin C kita dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!


9 Kepentingan Vitamin C untuk Kesihatan dan Kecantikan

1. Antioksida dan sokongan pertahanan ke arah yang lebih sihat
Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel. Vitamin C membantu untuk: 

• Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
• Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.

Saturday 9 September 2023

Produk Tanamera EMBUN Khusus Untuk Pengguna Shaklee Mama

Tanamera secara rasminya telah terpilih sebagai bisnes partner Shaklee untuk mengeluarkan produk minyak dan herba untuk pengguna Shaklee. Namun perlu faham, produk ini buat masa ini diberikan secara percuma bagi setiap pembelian Set Wanita Mengandung Shaklee dan Set Menyusu Ibu Berpantang Shaklee.

    

Set Wanita Mengandung Shaklee kini bekerjasama dengan Tanamera untuk mengeluarkan minyak dan herba yang selamat untuk wanita mengandung.